Jenayah

Jatuh sungai dikejar gajah

dikejar gajah

Jeli: Seorang bilal masjid terpaksa melalui pengalaman mengerikan kerana hampir maut dipijak gajah dipercayai seberat dua tan ketika sedang menoreh getah di Kampung Bukit Perawas dekat Ayer Lanas, Sabtu lalu.

Kejadian kira-kira jam 8.45 pagi itu menyebabkan Hashim Yacob, 67, cedera di belakang, leher serta kaki kanan sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Jeli sejurus kejadian.

Hashim berkata dia keluar menoreh pada jam 8 pagi dengan motosikal seorang diri ke kebun getah yang terletak kira-kira tiga kilometer dari rumahnya.

Katanya, dia parkir motosikalnya berhampiran kebun getah terbabit sebelum berjalan sejauh 300 meter.

“Selepas menoreh hampir 30 pokok, saya terdengar bunyi sesuatu di bahagian belakang namun masih tidak mengesyaki apa-apa.

“Sebaik menoleh, saya terpandang seekor gajah di belakang dan hanya Tuhan saja yang tahu perasaan ketika itu.

“Tanpa sempat berbuat apa-apa, haiwan itu terus mengganas menyebabkan saja terjatuh ke dalam sungai dan gajah itu memijak  belakang saya,” katanya.

Difahamkan, gajah terbabit gajah sama yang menyerang tiga beranak kira-kira sejam selepas itu hingga menyebabkan kematian kanak-kanak berusia tiga tahun, Wan Aidit Nasrullah Wan Mahmud, 3, di Kampung Wakaf Zing, yang terletak satu kilometer (km) dari lokasi kejadian pertama.

Bagaimanapun Hashim berkata, dia tetap bersyukur kerana masih selamat walaupun cedera dalam kejadian terbabit.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");