Berita Hari Ini

Jawatankuasa Nilai Kerugian Pertanian Akibat Bencana Alam Akan Ditubuh

Datuk Seri Ismail Sabri YaakobBERA: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bencana bagi menilai jumlah kerugian sebenar yang dialami petani, peladang dan penternak ekoran banjir dan kemarau yang melanda negara sejak awal bulan ini.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, pihaknya akan menilai keseluruhan jumlah kerugian yang dialami oleh golongan terbabit sebelum menyalurkan sebarang bentuk bantuan.

Bantuan tersebut tidak semestinya dalam bentuk wang tunai tetapi juga dalam bentuk lain seperti peralatan pertanian, katanya.

“Contohnya pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di Kelantan yang sawah padi mereka kering kontang akibat kemarau, akan diberikanbantuan benih padi serta peralatan mesin pengepam air bagi meringankan bebananmereka,” katanya.

Bantuan dihulurkan bukanlah ganti rugi tetapi untuk mengurangkan bebanan mereka dan memastikan pesawah dan petani terlibat terus mengusaha tanaman padi, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Anugerah Pelajar Cemerlang 2013 SekolahMenengah Kebangsaan Seri Bera, dekat sini, Sabtu.

Ismail, yang juga Anggota Parlimen Bera, berkata, mereka yang mengalami kerugian akibat bencana alam perlulah melaporkan kepada agensi di bawah kementerian pertanian di kawasan masing-masing termasuk Lembaga Pertubuhan Peladang.

Setakat ini, katanya sebanyak RM9 juta telah diperuntukkan bagi membantu petani, penternak dan peladang yang terbabit dengan bencana banjir.

Beliau berkata, peruntukan itu tidak termasuk yang bakal diberikan kepadapenternak, petani serta peladang di Sabah dan Sarawak kerana sesetengah bahagiannegeri-negeri itu masih lagi terlibat dengan banjir.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");