Jenayah

Jurujual kereta rugi RM10,000

jurujual

KUANTAN – Seorang jurujual berputih mata apabila wang RM10,000 miliknya lesap disamun empat lelaki bersenjatakan pisau dan pistol dalam satu kejadian samun di tempat letak kereta sebuah pusat membeli-belah di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.20 malam, mangsa berusia 21 tahun yang berasal dari Kemaman itu sedang berjalan keluar dari Kuantan Parade menuju ke keretanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Superintendan Abdul Aziz Ahmad berkata, ketika berada berhampiran keretanya, empat lelaki tiba-tiba menghampirinya.

Menurutnya,  salah seorang daripada mereka mengacukan pisau ke perut mangsa, manakala seorang lagi  mengacukan pistol di leher.

“Suspek bertindak merampas beg sandang yang diletakkan di bawah tempat duduk penumpang hadapan sebelum bergegas melarikan diri ke arah Jalan Wong Ah Jang.

“Wang terbabit difahamkan deposit kereta pelanggannya yang diambil di Kemaman,” katanya di sini, petang semalam.

Abdul Aziz berkata, bagaimanapun mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian tersebut.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kawasan tersebut gelap kerana banyak premis perniagaan sudah ditutup, manakala kamera litar tertutup (CCTV) juga tiada,” katanya.

Abdul Aziz berkata, polis juga masih menyiasat sama ada pistol yang diacukan kepada mangsa semasa kejadian itu betul atau tiruan.

“Polis kini giat memburu dan mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");