Berita Hari Ini

Karangkraf julang martabat penulis

karangkraf

SHAH ALAM – Demi menghargai bakat dan kreativiti para peminat dan penggiat penulisan kreatif, Grup Buku Karangkraf bakal menganjurkan majlis Anugerah Grup Buku Karangkraf (AGBK) yang akan berlangsung pada Jun ini.

Pengurus Besar Penerbitan Grup Buku Karangkraf, Sri Diah Shaharudin berkata, AGBK merupakan majlis anugerah pertama dianjurkan oleh Grup Buku Karangkraf.
Menurutnya, AGBK diadakan bertujuan untuk menaikkan nama para penulis dan juga peminat setia mereka.

“Anugerah berprestij ini dianjurkan untuk menjulang nama penulis tanah air dan juga menghargai bakat mereka di dalam bidang penulisan.

“Pihak kami telah membuat penyenaraian calon mengikuti kategori yang akan dipertandingkan dan pemenang anugerah akan diundi oleh pembaca Sinar Harian,” katanya, semalam.

Katanya, terdapat lebih 30 kategori yang akan dipertandingkan dalam anugerah ini dan ia terbahagi dalam lima bahagian.

Antara novel yang dipertandingkan ialah novel adaptasi Adam dan Hawa, Bayangan Rindu, Setia Hujung Nyawa dan Bicara Hati.

“Pembaca Sinar Harian boleh menghantar seberapa banyak penyertaan namun borang hendaklah yang asal sahaja.

“Borang undian akan dimuatkan di keratan akhbar Sinar Harian, undian mestilah dikumpulkan dan dihantar sebelum 7 April dan hadiah menarik menanti pengundi dengan undian tertinggi,” katanya lagi.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");