Membawang Hari Ini

Kasihan Qi Razali

QI

SUDAH selalu sangat mengadap drama Korea, sesekali Diva layan juga drama Melayu. Apatah lagi banyak betul drama Melayu yang bagus-bagus sekarang.

Jadi, Diva pun tertengoklah drama Bukan Aku Tak Cinta yang tengah kecoh dengan Nelydia Senrose dan Sharnaaz Ahmad yang watak macam gengster tapi baik hati dalam drama itu.

Lawa sungguh budak Nelydia tu, patutlah kekasihnya Qi Razali makan hati apabila Sharnaaz asyik muat naik gambar-gambar romantik dengan Nelydia. Yelah, mana tak cemburu, ayat-ayat promosi yang selalu ditulis Sharnaaz pun memang tangkap leleh.

Pasal Qi cemburukan Sharnaaz dengan Nelydia bukan lagi sesuatu yang pelik. Semua orang sudah maklum, tapi apa yang Diva tertarik ialah sikap Sharnaaz yang masih macam biasa sahaja.

Masih muat naik gambar-gambar dengan Nelydia sampaikan ada yang beranggapan Sharnaaz sebenarnya betul-betul suka dengan Nelydia, tapi apa nak buat, Nelydia sudah jadi kekasih orang.

Setahu Diva, hubungan Qi dengan Nelydia pun masih macam biasa. Cuma Diva tiba-tiba kasihan pula dengan Qi yang meluahkan perasaan bahawa dia belum dapat menerima kemesraan Nelydia dengan Sharnaaz walaupun dalam lakonan.

Sabarlah Qi, dapat kekasih muda remaja, cantik, putih gebu pulak tu, memanglah banyak cabarannya.

Diva rasa Nelydia pun banyak benda lagi yang belum dia terokai, umur pun belum genap 20 tahun nak bandingkan dengan Qi yang setahun lagi nak cecah 40 tahun.

Diva rasa kalau Qi nak cepat-cepat menikah, bukan dengan Nelydia. Sebab kalau adik perempuan Diva yang umur 20 tahun pun, Diva akan bantah juga kalau tergedik-gedik nak kahwin muda-muda sangat. Entahlah, itu pendapat Diva sahaja.

Diva: Seronok tengok kumpulan Devil Wears Prada di KL Live malam tadi. Jiwa mudalah katakan.

– KOSMO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");