Perak Hari Ini

KBS, FAM dan PDRM Jalin Kerjasama Pastikan Keselamatan Penyokong

PTJ01_200114_KJ_ADAM

Kementerian Belia dan Sukan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalin kerjasama bagi memastikan keselamatan penyokong yang memenuhi stadium sentiasa terjamin daripada sebarang kejadian yang tidak diingini.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata sejak kebelakangan ini, wujud trend penyokong yang bersikap ganas ala samseng hingga boleh mengancam keselamatan orang ramai.

“Perkara itu perlu ditangani segera kerana ia membabitkan aspek keselamatan penyokong yang membawa bersama keluarga masing-masing ke stadium.

“Saya sudah minta FAM untuk menangani masalah ini kerana kita mahu penyokong datang ke stadium tanpa rasa takut,” katanya kepada pemberita di Lumut, hari ini.

Jelasnya lagi, pihaknya tidak mahu wujud ancaman keselamatan yang keterlaluan dalam stadium seperti bunga api yang diseludup masuk tanpa kawalan.

“Bagi memastikan perkara ini tidak berlaku, maka kita perlu ketatkan lagi kawalan keselamatan di stadium,” katanya lagi.

Terbaru, berlaku insiden kecohan yang membabitkan penyokong selepas perlawanan Liga Super antara Pahang dengan Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam kelmarin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");