Perak Hari Ini

Kegiatan Samun Kedai Serbaneka 7- Eleven Sekitar Ipoh Tumpas

PERAKTODAY9

Kegiatan samun yang mensasarkan kedai serbaneka 7-Eleven di sekitar Ipoh akhirnya tumpas berikutan penahanan tiga lelaki yang dipercayai mendalangi jenayah tersebut, petang Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong, berkata kumpulan itu bergiat aktif sejak pertengahan Disember lalu hingga awal tahun ini dengan menyamun 15 kedai serbaneka 7-Eleven yang beroperasi 24 jam.

Tambahnya, kegiatan itu dilakukan pada waktu siang dan malam hingga menimbulkan ketakutan kepada pengusaha kedai serbaneka 7-Eleven.

“Pada petang 7 Februari lalu, polis berjaya mengesan dan menahan seorang lelaki India dan seorang lelaki Melayu yang disyaki terbabit dalam kegiatan samun kedai serbaneka 7-Eleven di sekitar Ipoh.

“Tangkapan itu kemudiannya membawa kepada penahanan seorang lagi suspek iaitu seorang lelaki India yang merupakan pengusaha kedai runcit di kawasan Bandar Baru Putra, dekat Bercham.

PERAKTODAY10

“Lelaki ini merupakan pembeli barangan yang disamun daripada kedai 7-Eleven,” katanya kepada pemberita di Ipoh, hari ini.

Mengulas lanjut, Chang Keong menegaskan, antara barangan yang berjaya dirampas berikutan tangkapan ke atas suspek termasuklah dua buah topi keledar, dua pemetik api, sebilah parang dan wang tunai berjumlah RM161.

“Kita juga turut menemui 35 kotak rokok Dunhill, 23 kotak rokok jenama Winston manakala 27 kotak lagi merupakan rokok jenama Malboro.

“Siasatan juga mendapati kumpulan ini bukan sahaja bergiat aktif di Ipoh tetapi juga pernah melakukan kegiatan samun di Kampar dan Batu Gajah,” jelas beliau lagi.

Katanya, sebelum diberkas, kedua-dua lelaki terbabit cuba menyamun sebuah kedai serbaneka 7-Eleven yang beroperasi di Kampang Tawas.

Pada petang hari sama, kumpulan itu berjaya menyamun dua kedai 7-Eleven yang masing-masing beroperasi di Jelapang dan Bercham, jelas Chang Keong lagi.

Ketiga-ketiga lelaki tersebut katanya, ditahan reman sehingga 14 Februari bagi membantu siasatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");