Sukan Hari Ini

Kelantan belum mahu menyerah

piyaKELANTAN belum mahu menyerah walaupun mengalami kekalahan 3-5 kepada wakil Myanmar, Yangoon United pada aksi pembuka tirai kempen Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) kelmarin, lapor YATIMIN ABDULLAH.

Kapten Kelantan, Mohd. Badhri Radzi menyifatkan peluang mereka masih terbuka walaupun mengalami kekecewaan pada aksi pembuka tirai itu.

Mohd. Badhri atau Piya berkata, tewas pada aksi pembukaan bukanlah penamat buat The Red Warriors dalam saingan Piala AFC dan dia tetap optimis rakan-rakan sepasukannya mampu bangkit dalam aksi seterusnya.

Menurutnya, walaupun turun tanpa tiga tonggak import iaitu Mohamed Ghaddar, Mohamed Shawky Aly dan Francis Forkey Doe, namun The Red Warriors tetap berjaya menjaringkan tiga gol pada perlawanan tersebut.

“Saya terharu dengan komitmen yang ditunjukan oleh rakan-rakan sepasukan, walaupun tanpa tiga tonggak import kita berjaya bangkit dengan aksi lebih tersusun pada badak kedua, sekali gus berjaya menjaringkan tiga gol.

“Bukan itu sahaja, walaupun terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain selepas Ahmad Shakir Ali dibuang padang akibat layangan kad merah, tetapi barisan pemain The Red Warriors tetap beraksi dengan baik,” katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, kekalahan tersebut dianggap sebagai pengalaman berguna bagi memastikan Kelantan bangkit garang pada perlawanan berikutnya.

“Kami tetap bangkit untuk memberi saingan terutama pada babak kedua,” katanya.

Piya memberitahu, faktor cuaca panas pada perlawanan tersebut sedikit sebanyak mempengaruhi persembahan The Red Warriors yang dilihat seakan-akan hilang punca pada aksi babak pertama.

Katanya, barisan pemain The Red Warriors berjaya menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca pada babak kedua yang menyaksikan mereka bangkit memperagakan aksi lebih kemas dan bertenaga.

Dalam perkembangan lain, Piya berkata fokusnya kini ialah untuk memberikan aksi terbaik pada perlawanan persahabatan bersama Harimau Malaya menentang Filipina di Stadium Majlis Perbandaran Selayang esok.

Katanya, dia bertekad memberikan aksi terbaik pada perlawanan tersebut sekirnya diberikan peluang untuk membuat penampilan bersama Harimau Malaya.

“Walaupun baharu sahaja tiba di tanah air, namun itu bukan alasan buat saya untuk tidak bekerja keras pada sesi latihan bersama Harimau Malaya.

“Lagipun saya sudah biasa dengan situasi ini dan harapan saya ialah untuk membuktikan kemampuan sebenar pada perlawanan itu nanti,” ujarnya.

– KOSMO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");