Berita Hari Ini

Kembali bersatu pulihkan keharmonian negara. – PM

gambar pm_0Najib Razak (dua dari kanan) melihat model bangunan Universiti Antarabangsa UNITAR selepas beliau merasmikan kampus baharu universiti itu di Petaling Jaya. Gambar: NOOR ASREKUZAIREY SALIM:-

Terlalu banyak negativiti, kebencian, provokasi dalam arena politik negara akhir-akhir ini telah menyebabkan rasa tidak percaya sesama rakyat semakin melebar.

Bimbang dengan perkembangan tersebut, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru supaya setiap rakyat kembali bersatu serta berganding bahu memulihkan semula keharmonian di dalam negara.

Tambahnya, Malaysia tidak akan mampu berdiri kukuh seperti seperti sekarang jika negara dipenuhi oleh kebencian dan perpecahan.

Menyedari wujud ketidaksamaan pendapatan dan peluang dalam negara ini yang akhirnya akan menjadi ancaman kepada perpaduan nasional, Najib menyeru supaya semua rakyat kembali bersatu.

“Dengan usaha yang bersungguh-sungguh, Insya Allah perjuangan kita terhadap ketidaksamaan dan ketidakadilan di antara rakyat mampu dilaksanakan manakala matlamat kita untuk mencapai kesepaduan nasional boleh dicapai,” katanya semasa berucap pada majlis perasmian kampus baharu Universiti Antarabangsa UNITAR.

Menurut Najib, ketidaksamaan pendapatan dan peluang memang berlaku di dalam negara ini namun kerajaan komited untuk memastikan jurang tersebut dapat dirapatkan.

Namun, usaha tersebut tidak akan berhasil jika hanya bergantung kepada kerajaan dan dasar-dasarnya sahaja sebaliknya usaha tersebut perlu digerakkan oleh semua pihak.

Katanya, ketidaksamaan boleh dihapuskan menerusi akses pendidikan di setiap peringkat serta mengimbangi semula ekonomi negara terutamanya menerusi rasionalisasi subsidi.

Jelasnya, melalui akses yang lebih baik kepada infrastruktur dan pendidikan berkualiti serta subsidi kepada kumpulan sasar, jurang ketidaksamaan pendapatan boleh dikurangkan supaya 40 peratus kumpulan berpendapatan rendah boleh bersaing dengan 20 peratus lagi masyarakat.

Ini akan mencipta lebih ramai golongan berpendapatan sederhana di dalam negara dengan agihan pendapatan yang saksama, sekali gus boleh mengukuhkan perpaduan nasional.

“Kami tak janji bahawa semua orang akan menjadi kaya tetapi kami berjanji semua orang akan diberi peluang untuk berjaya menerusi persekitaran yang telah dicipta,” katanya.

– MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");