Isu Panas

Kerajaan Selangor digesa kaji caj lesen

lesen perniagaan

Kajang: Kerajaan PKR Selangor digesa menurunkan semula kadar bayaran lesen perniagaan dikenakan pihak berkuasa tempatan (PBT) kepada peniaga serta pemilik perusahaan kecil dan sederhana (PKS), berkuat kuasa Januari lalu.

Tindakan PBT menaikkan kadar bayaran lesen perniagaan secara mendadak menyebabkan ramai peniaga dan pemilik PKS mengeluh dan terpaksa menaikkan caj perkhidmatan dan barangan keperluan harian berikutan peningkatan kos operasi, sekali gus mengakibatkan peningkatan kos sara hidup rakyat.

lesen perniagaan mengalami kenaikan ialah premis menjual kereta terpakai, kedai motosikal, kedai kunci, bengkel kenderaan, kedai menjahit pakaian, premis kecantikan wanita, industri simen, kedai alat solek, kilang membuat makanan dingin beku, kilang mee, farmasi dan kilang besi.

Presiden Persatuan PKS Hulu Langat, Ding Hong Sing, berkata kenaikan secara mendadak akan menyebabkan ramai peniaga dan pemilik premis PKS terpaksa menanggung peningkatan kos operasi dan menaikkan harga barangan.

“Kenaikan cukai pintu dan kadar lesen ini memang membebankan golongan peniaga dan pengusaha PKS kerana kami hanya bergantung kepada modal pusingan kecil.

Tak prihatin nasib rakyat

“Keadaan ini menyebabkan kami terpaksa menaikkan harga barangan dan perkhidmatan ditawarkan bagi mengurangkan beban peningkatan kos operasi perniagaan,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Bilik Gerakan MCA untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang di sini, semalam.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata tindakan kerajaan PKR Selangor dan PBT menaikkan kadar lesen perniagaan itu jelas menunjukkan mereka kurang prihatin terhadap nasib rakyat di negeri berkenaan.

Sementara itu, di Kuala Lumpur, Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun berjanji akan memastikan pembangunan di Putrajaya diperluaskan ke Kajang, jika terpilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang pada 23 Mac depan.

Katanya, beliau mahu Kajang menjadi bandar lebih maju pada masa depan, berbanding sekarang.

“Selain itu, saya berjanji akan melaksanakan tugas ADUN dengan baik sekiranya terpilih dan tidak akan menggunakan khidmat setiausaha atau pembantu dalam menyelesaikan masalah dihadapi rakyat.

“Saya juga akan menjadi ‘jambatan’ penghubung untuk menyuarakan suara rakyat kepada Kerajaan Pusat,” katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kosong selepas penyandangnya, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan pada 27 Januari lalu. PKR menamakan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon pilihan raya kecil (PRK) berkenaan.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");