Sukan Hari Ini

Kim Swee: Buat apa nak bergaduh?

Perlawanan Persahabatan MUSA dan Harimau Muda A di Stadium Hang Jebat

SUASANA yang kurang sihat berlaku di Stadium Hang Jebat, Melaka malam kelmarin ketika aksi persahabatan antara Harimau Muda A dengan Melaka United:-

“PENYOKONG pasukan bola sepak perlu berfikiran profesional dan bersedia menerima dengan hati terbuka dengan apa sahaja keputusan sesuatu perlawanan.”

Demikian tegas jurulatih skuad Harimau Muda, Datuk Ong Kim Swee semalam.

Menurutnya, sikap seperti itu akan membantu mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

“Dalam perlawanan bola sepak, menang atau kalah adalah adat permainan dan harus diterima secara profesional.

“Akibat tindakan segelintir penyokong yang sukar menerima kekalahan, ia akan menjurus kepada tercetusnya pergaduhan antara penyokong yang boleh menjejaskan reputasi kejohanan bola sepak di negara kita.

“Apa yang berlaku sekarang begitu merisaukan dan saya terkilan dengan penyokong yang sepatutnya perlu bersikap rasional menerima kekalahan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan persahabatan antara skuad Harimau Muda A menentang Melaka United di Stadium Hang Jebat di Melaka malam kelmarin.

Kim Swee diminta mengulas perkara tersebut selepas banyak berlaku kekecohan melibatkan penyokong sejak kebelakangan ini dengan insiden terbaru melibatkan pergaduhan antara penyokong Pahang dengan Johor Darul Takzim (Johor DT) dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan Jumaat lalu.

Tambah beliau, para penyokong harus berfikiran positif untuk menerima keputusan perlawanan dan pada masa sama terus menyokong pasukan mereka setiap kali beraksi sama ada di tempat sendiri atau di tempat lawan.

“Apa yang lebih penting, mereka harus menyokong dengan cara yang lebih profesional tanpa mencetuskan kekecohan,” katanya.

Sebelum itu, pada aksi persahatan antara Harimau Muda A dengan Melaka United, skuad bimbingan Kim Swee itu mencatat keputusan seri 1-1.

Pasukan tuan rumah mendahului 1-0 pada minit ke-24 menerusi jaringan Amir Shahreen Abd. Mubin sebelum Harimau Muda A menyamakan kedudukan pada minit ke-90 menerusi ledakan Mohd. Azrif Nasrulhaq.

– KOSMO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");