Perak Hari Ini

KPI Pergerakan Pemuda UMNO Diumumkan Awal Mac: Khairy

khairyjamaluddin540px

Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi Pergerakan Pemuda UMNO yang bakal diumumkan awal Mac depan bukan hanya sekadar mengambil kira jumlah program semata-mata tetapi juga perlu bersandarkan kepada pulangan atau dividen politik kepada parti.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata setiap biro dan Ketua Pemuda UMNO negeri sudah membentangkan KPI masing-masing sempena program permukiman sayap itu yang berlangsung selama tiga hari di Lumut, dekat Perak.

Tegasnya lagi, prestasi bagi setiap biro dan Ketua Pemuda UMNO negeri bukan sekadar diukur berdasarkan kepada jumlah program atau mesyuarat yang diadakan, sebaliknya juga perlu mengambil kira keberkesanannya seperti membawa lebih banyak sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Tidak bermakna jika program yang kita anjurkan dihadiri 5,000 pengunjung tetapi kita gagal mendaftarkan mereka sebagai pengundi, ahli Pemuda UMNO, penggerak atau penyokong parti.

“Justeru, kita haruslah merancang KPI berdasarkan kepada pulangan yang membawa kesan politik,” katanya kepada pemberita di Lumut, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri merangkap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, semua KPI yang dibentangkan oleh setiap biro dan Ketua Pemuda UMNO negeri akan diperhalusi oleh Naib Ketua pergerakan, Khairul Azwan Harun sebelum dimuktamadkan dalam mesyuarat exco pada awal Mac nanti.

“Dalam mesyuarat exco itu nanti, KPI sayap akan dimuktamadkan sebagai sasaran bagi setiap biro dan Ketua Pemuda UMNO negeri,” katanya lagi.

Ditanya lagi mengenai KPI pergerakan yang bakal diumumkan itu, Khairy menegaskan ia amat spesifik, bukan sekadar KPI umum untuk menambah bilangan ahli yang sedia ada.

“Sebaliknya, kita akan letak berapa angka dan peratus untuk setiap negeri dan biro,” katanya sambil menegaskan ada KPI yang dikongsi bersama dan juga KPI yang khusus untuk negeri dan biro tertentu sahaja.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");