Berita Hari Ini

Labuan bakal miliki bandar baharu, atasi kesesakan

labuan

LABUAN – Penubuhan sebuah bandar baharu yang menempatkan pusat perniagaan antara rancangan jangka panjang Kementerian Wilayah Persekutuan  bagi menyelesaikan masalah kesesakan trafik di pulau ini.

Menterinya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata projek itu yang melibatkan kerja-kerja penambakan akan diteliti secara terperinci.

Kawasannya telah dikenal pasti dan projek dijangka dapat merangsang ekonomi Labuan dalam jangka panjang, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya juga akan berbincang dengan Perbadanan Labuan bagi memindahkan sesetengah industri ke kawasan baharu itu.

Kampung Ganggarak antara kawasan yang dikaji bagi pembinaan projek komersial, katanya.

Menurut Tengku Adnan kementeriannya juga sedang meneliti untuk mempertingkat industri berdaya saing di Labuan dengan fasiliti yang lebih baik, selain memanfaatkan sepenuhnya tanah yang ada untuk dibangunkan sebagai kawasan baharu ekonomi. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");