Membawang Hari Ini

Lagi filem puntianak

FILEM pontianak

FILEM adaptasi kini bagaikan satu trend yang tidak berkesudahan apabila ramai penerbit mula mengadaptasi karya novel ke layar perak ataupun drama bersiri.

Terbaharu, filem Vampire Academy bakal menjadi filem wajib tonton bagi mereka yang menggemari karya adaptasi dan paranormal melibatkan dunia puntianak.

Vampire Academy adalah salah sebuah dari enam buah novel romantik paranormal yang ditulis oleh Richelle Mead.

Filem yang diarahkan oleh Mark Waters ini membariskan barisan pelakon muda seperti Zoey Deutch sebagai Rosemarie ‘Rose’ Hathaway, Lucy Fry (Vasilisa ‘Lissa’ Dragomir), Danila Kozlovsky (Dimitri Belikov) dan juga Dominic Sherwood (Christian Ozera).

Secara ringkasnya ia mengisahkan Rose Hathaway yang merupakan seorang ‘Dhampir’ iaitu separuh manusia, separuh puntianak dilatih untuk menjadi penjaga di Akademi St. Vladimir bersama orang lain sepertinya.

Terdapat puntianak baik dan juga jahat dalam dunia mereka. Moroi adalah puntianak yang hidup secara aman bersama manusia dan hanya mengambil darah daripada penderma serta mempunyai keupayaan untuk mengawal salah satu daripada empat elemen iaitu air, bumi, api dan udara.

Manakala Strigoi, puntianak yang membunuh untuk menghisap darah manusia. Rose dan penjaga Dhamir yang lain ditugaskan untuk melindungi Moroi dan membunuh Strigoi.

Bersama sahabat baiknya, Puteri Vasilisa Dragomir dan Rose perlu melarikan diri untuk melindungi Lissa daripada bahaya.

Menariknya mengenai filem ini, bagi anda yang mencari sebuah filem hiburan santai, anda tidak patut melepaskan peluang untuk menyaksikan naskah ini.

Nasihat penulis, fokus pada awal penceritaan kerana Rose akan memperjelaskan setiap karakter puntianak yang ada di dalam filem ini.

Plot & konflik

Biarpun mempunyai jalan cerita yang menarik, namun sayangnya Waters tidak menggunakan kesempatan dengan baik apabila menggarap filem ini dengan agak perlahan.

Meskipun berjaya menarik perhatian penonton pada permulaan jalan cerita, namun sebaik naratif penceritaan bergerak babak demi babak, perjalanan cerita ini mula terasa perlahan.

Bagaimanapun konflik yang dihadapi oleh Puteri Vasilisa di dalam filem ini banyak membantu menambah keterujaan penonton untuk mengetahui siapa yang berdendam dengannya.

Juga karakter Mia dan guru besar Akademi Puntianak banyak membuatkan penonton rasa tidak sabar untuk mengetahui apa yang terjadi seterusnya dan siapakah sebenarnya yang jahat antara mereka.

Lakonan mantap

Selain itu, biarpun wajah pelakon-pelakon utamanya jarang dilihat penglibatan mereka, namun ke semuanya memberikan lakonan yang cukup mantap.

Mereka tidak cuba bersaing untuk kelihatan lebih menonjol di antara yang lain, sebaliknya karakter mereka saling membantu dan menyokong.

Tidak lupa juga, elemen cinta turut diselitkan di dalam filem ini dan ia tentu sekali menambah keterujaan bagi mereka yang meminati filem seperti Twilight.

Oleh itu, bagi anda yang belum menonton filem ini, jangan lepaskan peluang untuk berbuat demikian kerana penulis pasti, akan ada sekuel Vampire Academy selepas ini.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");