Perak Hari Ini

Lebih 10,000 Meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Di Taiping

PERAKTODAY5

Suasana meriah begitu terasa di Bandar Warisan Taiping apabila hampir 10,000 masyarakat daripada pelbagai kaum memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina peringkat kebangsaan, malam tadi.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Paduka Rosmah Mansor.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz serta Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Majlis yang bermula sekitar jam 8 malam itu turut diceriakan dengan pelbagai nyanyian dan persembahan kebudayaan kaum Cina.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri menggambarkan bahawa majlis rumah terbuka kali ini telah membuktikan keunikan perpaduan yang dimiliki rakyat negara kita.

“Kita boleh berkumpul bersama-sama di tengah bandar Taiping ini kerana negara kita aman,” katanya.

Jelasnya lagi, Malaysia telah membangun dengan begitu pesat dan keadaan hidup cukup berbeza berbanding masa yang lalu.

“Setiap kaum dan etnik dibenarkan mengamalkan budaya dan agama masing-masing yang luar biasa dan ia perlu terus kita pelihara,” katanya lagi.

Ujar Najib lagi, tiada negara lain berbanding negara Malaysia yang memiliki kepelbagaian kaum sekaligus memudahkan kerjasama serta hubungan antarabangsa dengan negara luar.

“Semoga tahun ini mampu memberi seribu rahmat kepada negara kita,” katanya lagi.

Persembahan tarian kesenian dan kebudayaan turut dipersembahkan termasuk tarian selamat datang yang bertemakan 1Malaysia, tarian naga dan tidak dilupakan gendang Cina yang penuh dengan keunikannya tersendiri.

Tidak dilupakan juga upacara kemuncak iaitu mengaul Ye Sang yang menjadi kemestian dalam setiap sambutan Tahun Baru Cina.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");