Jenayah

Lelaki jatuh jambatan ditemui

jambatanAnggota polis mengangkat mayat yang dijumpai terapung. – Foto Sinar Harian:-

GEORGETOWN – Mayat seorang lelaki yang dipercayai terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang, kelmarin, sudah ditemui semalam.

Jurucakap Pasukan Gerakan Marin Wilayah Utara berkata, mayat itu ditemui terapung tidak jauh dari lokasi mangsa jatuh.

“Polis menemui mayat dalam keadaan terlingkup dan masih lagi berpakaian, kira-kira jam 4 petang iaitu tidak jauh dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

“Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat,” katanya.

Kelmarin, seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dikatakan terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, polis menemui sebuah motosikal jenis Yamaha Nouvo dipercayai milik lelaki itu ditinggalkan di Kilometer 5.4 jambatan berkenaan.

“Berdasarkan nombor pendaftaran motosikal itu, ia dimiliki seorang lelaki beralamat di Sungai Dua di sini tetapi tidak menerima sebarang laporan mengenai orang hilang,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, gerakan mencari dan menyelamat lelaki itu dijalankan tujuh anggota bersama dua bot sejurus menerima maklumat kejadian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");