Sukan Hari Ini

Liga Juara-Juara Eropah: Naib Juara Musim Lalu Menang Besar

robert-lewandowski_2545923bBAKAL penyerang Bayern Munich musim depan, Robert Lewandowski menjaringkan dua gol untuk membolehkan Borussia Dortmund mengatasi wakil Rusia, Zenit St Petersburg 4-2 untuk melangkah dengan penuh yakin ke suku akhir Piala Liga Juara-Juara.

Dortmund, naib juara musim lalu bermain dengan penuh keyakinan dan penguasaan apabila mereka memperolehi gol pada minit keempat dan seminit kemudian pemain antarabangsa Jerman, Marco Reus menambah gol kedua.

Zenit, yang tidak terlibat dalam sebarang permainan sejak 11 Disember kerana liga Rusia dihentikan seketika pada musim sejuk menerima akibat daripada rehat yang panjang.

Pun begitu di dalam kekaratan mereka masih mampu memghasilkan dua gol.

Zenit: Lodigin, Anyukov (Smolnikov 83), Neto, Lombaerts, Criscito, Witsel, Fayzulin (Kerzhakov 83), Hulk, Shatov, Arshavin (Tymoshchuk 15)

Simpanan : Malafeev, Hubocan, Zyryanov, Lukovic

Gol: Shatov 58, Hulk (pen) 70

Dortmund: Weidenfeller, Friedrich, Schmelzer, Papastathopoulos, Piszczek, Kehl, Sahin, Grosskreutz (Durm 90), Mkhitaryan (Aubameyang 70), Reus (Hofmann 85), Lewandowski.

Simpanan: Langerak, Jojic, Schieber, Sarr

Gol: Mkhitaryan 4, Reus 5, Lewandowski 61, 71

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");