Sukan Hari Ini

Liverpool lapar gol: Rodgers

Brendan_Rodgers_2232069b‘Sikap pemain tak berubah, terus menyerang kerana itu sikap kami’:-

Liverpool: Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers bersuara betapa anak didiknya akan meneruskan gaya permainan bola sepak menyerang ketika mereka cuba untuk mencipta gelaran pertama dalam tempoh 24 tahun.

Kejayaan 4-3 mengatasi bekas kelab bimbingan Rodgers, Swansea City kelmarin meletakkan Liverpool hanya empat mata daripada kedudukan teratas dan enam mata di depan pasukan tangga kelima, Tottenham Hotspur untuk bersaing pada kelompok empat pasukan teratas.

Apa yang ditunjukkan mereka berbeza dengan persembahan dan nasib pencabar gelaran – Manchester City dan Chelsea yang masing-masing hanya menang 1-0 dalam tempoh 24 jam sebelum itu.

Dengan sejumlah 70 gol dalam liga hingga kini, Liverpool mengatasi City sebagai pasukan dengan jumlah gol terbanyak dan walaupun kelemahan pertahanan menyebabkan Rodgers harus berasa bimbang, tetapi dia tetap tidak akan mengubah pendekatannya.

Cerita nasib baik

“Ia bukan cara kami,” kata Rodgers. “Kerja saya sentiasa bermain bola sepak yang bagus. Saya bukanlah seorang yang sentiasa berpuas hati mengenai keputusan kami.

“Ia adalah mata pada penghujung musim yang menentukan kemenangan; itulah dia sukan profesional pada tahap ini.

“Namun bagi kami, saya sentiasa menumpukan perhatian terhadap persembahan kerana kesan beraksi baik ialah anda akan mendapat keputusannya. Kami sudah menunjukkannya tahun ini.

“Tidak banyak masa tahun ini kami bercakap mengenai cerita bernasib baik. Dan hari ini (Ahad) kami tidak begitu berada di tahap terbaik, tetapi kami menjaringkan empat gol dan memenangi perlawanan.”

Dua gol masing-masing daripada Daniel Sturridge dan Jordan Henderson memastikan kemenangan berkenaan yang bermakna Liverpool kini mengumpul 31 mata daripada 33 perlawanan terakhir di Anfield.

– AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");