Sukan Hari Ini

LTdL: Ketua pasukan TSG akui tugas berat

lgkawiKUALA TERENGGANU – Ketua pasukan Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TSG) Mohd Zamri Salleh mengakui tugas berat yang akan dipikulnya apabila kejohanan Le Tour de Langkawi (LTdL) bermula Khamis ini.

Jika pelumba lain pastinya meletakkan sasaran untuk memburu jersi serta menaiki podium namun bapa kepada seorang cahaya mata ini mencabar dirinya untuk membantu pasukan dan pelumba berada pada kedudukan terbaik.

Pelumba berusia 31 tahun yang bakal memimpin lima lagi pelumba pasukan itu berkata pada tahun ini tugasan yang akan dipikulnya lebih mencabar berbanding sebelum ini.

Bagi LTdL tahun ini dia akan bertindak untuk membawa dan membantu barisan pelumba terutamanya pelumba pecut pasukan itu sehingga ke garisan penamat, katanya kepada Bernama.

“Tugas ini agak mencabar buat saya namun saya akan cuba buat yang terbaik memandangkan kesemua barisan pelumba yang beraksi pada kejohanan itu sememangnya mempunyai kebolehan dan kelebihan yang tersendiri.

“Sebelum ini memang tugas saya untuk membawa adik saya (Hariff) sehingga kegarisan penamat namun kali ini saya juga harus membimbang pelumba yang lain,” kata Mohd Zamri.

Anak kelahiran Kuala Terengganu ini yakin pasukan TSG mampu berada di kedudukan terbaik dan bersaing dengan pelumba antarabangsa yang lain.

Katanya kepulangan Anuar Manan serta Adiq Husainie juga akan menguatkan lagi pasukan pada kejohanan kali ini dan gandingan pelumba yang sedia ada juga berpotensi membantu pasukan.

“Jika berpeluang untuk meraih kedudukan, saya akan mencuri peluang itu namun saya tetap akan pastikan pelumba lain berada pada landasan terbaik, misi saya hanya satu untuk meletakkan TSG pada kedudukan terbaik,” katanya.

Pada tahun ini TSG membariskan enam pelumba tempatan bagi menggalas cabaran yang berbaki dua hari lagi iaitu gandingan mantap pasangan adik beradik, Mohd Hariff Salleh, Mohamed Zamri, Adiq Hussainie Othman, Shahrul Mat Amin dan Saufi Mat Senan.

LTdL 2014 bermula dari 27 Februari hingga 8 Mac yang meliputi laluan sejauh 1,506.5 km merangkumi 10 peringkat bermula di Langkawi dan berakhir di Kuala Terengganu. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");