Sukan Hari Ini

Mahu transformasi

shapian

Kuala Lumpur: Timbalan Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Mohd Shapian Ali menyatakan kesediaannya untuk merebut jawatan presiden badan induk itu daripada Datuk Ahmad Ismail pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM), April ini.

Berbekalkan misi ‘mengembalikan semula maruah negara yang sudah lama diaibkan’, Presiden Persatuan Sepaktakraw Negeri Terengganu itu berkata, beliau bertekad untuk melakukan transformasi dan perubahan secara total dalam pengurusan PSM agar matlamat mengangkat martabat sukan itu tercapai.

Menurutnya, hasrat untuk bertanding jawatan nombor satu dalam badan induk itu berpunca daripada desakan beberapa ahli gabungan yang inginkan beliau memimpin PSM.

“Memang ada desakan dari rakan-rakan yang mahukan saya bertanding. Mereka kata saya sudah lama berdiam diri. Sudah tiba masanya untuk saya bersuara demi memartabatkan kembali sepak takraw di peta dunia.

“Daripada hanya membiarkan orang lawan saya, lebih baik saya lawan orang yang lebih tinggi daripada saya untuk melonjak ke atas. Dalam masa terdekat ini, saya sendiri akan berjumpa dengan semua ahli gabungan, bekas pemain, jurulatih dan pengadil untuk meminta nasihat, pandangan dan sokongan daripada mereka.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");