Membawang Hari Ini

Mari berjoget

mari berjoget

Meskipun keba­n­jiran tarian dan muzik moden ­terus melanda negara, ­usaha menyelamatkan ta­rian tradisi bangsa Melayu tetap diteruskan pihak tertentu.

Salah satu tarian tradisional yang unik adalah joget yang asal usulnya dipercayai diperkenalkan orang Portugis ke negara ini pada zaman kedatangan mereka.

Joget biasanya diper­sembahkan secara berpasangan oleh lelaki dan wanita, malah ada juga menari beramai-ramai seperti Joget Lambak.

Esok (Ahad) satu lagi acara menarik dinamakan Planet Joget akan berlangsung dan ia julung kali dicetuskan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).

Pertandingan joget yang unik ini bakal ke udara secara langsung dari Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur bermula jam 9 malam di TV1.

Tidak seperti keba­nyakan pertandingan tarian lain yang pernah dihasilkan, Planet Joget dianggap berani melawan arus untuk memartabatkan tarian joget sebagai tunjang utama.

Lapan pasangan akan masuk gelanggang menunjukkan kehebatan mereka, sekali gus merebut peluang memenangi hadiah keseluruhan bernilai lebih RM100,000 termasuk motosikal dan kereta.

Lapan pasangan me­ngesahkan tempat mereka ke malam kemuncak iaitu Kumpulan Azzam dari Kuala Lumpur, Kumpulan Kutari (Sarawak), Kumpulan Duo (Pulau Pinang), Kumpulan Top of The Joget (Sarawak), Kumpulan Anak Seni Asia (Kuala Lumpur), Kumpulan Sayang Sarawak (Sarawak), Kumpulan Ketak Tum N (Melaka) dan Kumpulan Nyala Dance (Kuala Lumpur).

Pertandingan ini dihoskan pengacara popular, Muaz Muhammad dan calon Artis Baru Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular BH 2013, Daz­rin Kamarudin bersama aktres handalan Norkhiriah.

Lebih istimewa, Planet Joget bakal dimeriahkan de­ngan persembahan khas artis terkenal tanah air seperti Ziana Zain, Syafinaz Selamat dan Rosnan Rahman (Makyung), Koir Kebangsaan, Bob, Azlan Typewriter, Haziq, Asmidar serta artis kelahiran JKKN dan RTM seperti Eddie Nazrin, ­Azizul, Sabihah dan Azmira.

Penerbit Planet Joget, Haliza Mat Kharsa berkata, me­ngim­­­bas kembali perjalanan pertandingan ini sepanjang enam episod lalu, bakat yang diperoleh ditapis dari pering­kat zon hingga ­nasional.

“Seramai 230 pasangan hadir ke uji bakat dan hanya lapan pasangan saja yang berjaya melepasi ujian. Acara ini juga seiring dalam me­nyokong usaha kerajaan terhadap Tahun Melawat Malaysia 2014.

“Kita boleh terus mempopularkan budaya dan seni kepada orang luar menerusi penganjuran acara sebegini. Justeru, JKKN amat mengharapkan landasan yang disediakan RTM menjadi titik tolak untuk kita mengembang­kan seni budaya kita,” katanya yang dibantu Mohd Haris Zakaria daripada JKKN.

Musim pertama Planet ­Joget memulakan episod pertamanya dengan uji bakat ­­­di enam zon sejak Oktober 2013 lalu.

Pada malam kemuncak, esok, ­finalis Planet Joget akan mempersembahkan tarian mereka dalam tiga segmen. Dalam segmen pertama, mereka dikehendaki mempersembahkan Tarian Joget Tradisional yang mengekalkan asas disiplin tarian joget seperti tangan genggam tak sudah, gerak tubuh dan busana yang mewakili 50 peratus markah keseluruhan.

Pada pusingan kedua pula, pasangan terbabit akan mempertaruhkan pasangan ‘bayangan’ atau ‘manti’ mereka yang akan bertempur tari joget de­ngan pasangan ‘bayangan’ atau ‘manti’ lawan mereka.

Sementara pusingan ketiga akan memperlihatkan kehebatan semua lapan pasangan untuk bersaing dalam ‘tempur tari’ iaitu kemahiran masing-masing secara tempur dengan kreativiti mereka dalam usaha mematahkan aksi lawan masing-masing.

Jadi jangan lupa saksikan Planet Joget yang pastinya menghiburkan anda bersama penampilan artis ­popular.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");