Sukan Hari Ini

Mat Yo ceriakan Kim Swee

mat yo

Kelana Jaya: Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Norshahrul Idlan Talaha akhirnya memutuskan untuk menangguhkan umrah apabila muncul untuk menyertai latihan bersama skuad kebangsaan di Wisma FAM, semalam.

Kehadiran penyerang yang turut dikenali sebagai Mat Yo itu pastinya menceriakan pengendali negara, Datuk Ong Kim Swee kerana memudahkannya membuat persiapan mengharungi aksi persahabatan dengan Filipina di Stadium Selayang, 1 Mac nanti, seterusnya berdepan Yaman pada aksi terakhir Kelayakan Piala Asia, 5 Mac ini.

“Segala masalah Mat Yo sudah selesai dengan cara baik selepas dia menghubungi pengurus skuad kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal.

“Mat Yo mengambil keputusan untuk bersama pasukan dan sanggup menangguh umrah ke satu tarikh lain. Dia menunjukkan reaksi matang dan itu satu pengorbanan besar. Isu Mat Yo menarik diri daripada skuad kebangsaan kini selesai.

Sukar memilih

“Saya pula kini mempunyai alternatif di bahagian serangan selepas Azamuddin Akil tersisih kerana mengalami kecederaan,” kata Kim Swee ketika ditemui di Wisma FAM semalam.
Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan penjelasan daripada Mat Yo gagal. Dalam perkembangan lain, Kim Swee mengakui berdepan kesukaran untuk memilih pemain terbaik di bahagian tengah bagi mengetuai pasukan menentang Yaman selepas memiliki banyak pilihan pemain di posisi itu.

Buat masa ini, Hafiz Kamal, Shakir Shaari dengan Mohd Badhri Radzi, Nazmi Faiz Mansor, Baddrol Bakhtiar dan bekas kapten, Safiq Rahim masih berpeluang untuk merebut tempat dalam skuad utama.

“Semua pemain menunjukkan kesungguhan dan memberi kesukaran kepada saya untuk membuat pilihan. Setakat ini saya hanya cuba beberapa gandingan menerusi latihan dan aksi dengan Filipina bakal menjadi penilaian sebenar sebelum membuat keputusan,” katanya.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");