Jenayah

Mayat lelaki warga asing ditemui di tapak projek

mayat warga asing

KUANTAN – Mayat seorang lelaki warga asing ditemui mati berdekatan sebuah tapak projek di Teluk Cempedak, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Superintendan Mohd Haris Daud berkata, mayat tanpa dokumen perjalanan itu ditemui orang awam yang melalui tempat kejadian sebelum menghubungi polis, pagi semalam.

Menurutnya, lelaki berusia 20an itu dipercayai mati di tempat kejadian akibat parah di bahagian kepala.

“Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi hingga 8 pagi itu, mangsa dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul dan keras.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan mengenal pasti identiti mangsa serta suspek yang terlibat,” katanya.

Mohd Haris berkata, mayat yang berlumuran darah dalam keadaan terlentang itu masih lengkap berpakaian ketika ditemui.

Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");