Berita Hari Ini

Mereka Ditolak Permohonan BR1M Boleh Kemuka Rayuan – Ahmad Maslan

br1mKUANTAN: Pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang ditolak permohonannya boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk dipertimbangkan semula.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, mereka boleh berbuatdemikian dengan mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman sesawang LHDN di www.hasil.gov.my atau terus ke pejabat LHDN berhampiran.

“Mereka yang ditolak permohonan boleh merayu dengan kaedah yang ditetapkan, contohnya tahun lepas seorang bapa kita tolak permohonannya untuk mendapatkan BR1M kerana rekod kita mendapati beliau baru sahaja membeli sebuah kereta Proton Perdana model baharu.

“Namun beliau kemudian membuat rayuan dan memaklumkan kereta itu milik anaknya dan kita telah meluluskan permohonannya untuk mendapatkan bantuan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Seri Perdana, Sekolah Kebangsaan (LKTP) Bukit Goh di sini, Sabtu.

Menurutnya, kerajaan sentiasa berusaha menambah baik pemberian BR1M untukmengurangkan bebanan rakyat dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup pada masakini, sekali gus menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan mereka.

Untuk BR1M 3.0 yang mula diagihkan pada Sabtu, kerajaan memperuntukkan RM4.6 bilion yang memberi manfaat kepada 7.9 juta penerima dan antara penambahbaikan yang dilakukan ialah memperluas pemberian kepada isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 dan RM4,000.

Selain itu kerajaan turut memperkenalkan Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) bernilai RM50 kepada penerima isi rumah BR1M dengan nilaiperlindungan minimum RM1,000 (kematian biasa) dan maksimum RM30,000 sekiranyaberlaku kematian akibat kemalangan atau hilang upaya kekal.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");