Sukan Hari Ini

Messi lepasi rekod jaringan Di Stefano

messi

PENYERANG Barcelona, Lionel Messi cemerlang apabila menjaringkan gol ke-13 peribadi dalam La Liga musim ini setelah menyumbang dua gol untuk membantu pasukannya mencatat kemenangan 6-1 ke atas Rayo Vallecano, awal pagi semalam.

Kemenangan Barcelona itu memberikan mereka terus kekal di tangga teratas La Liga dengan mengumpul 60 mata.

Dengan dua gol itu juga membolehkan penyerang kebangsaan Argentina itu melepasi jumlah gol Alfredo Di Stefano dan menyamai koleksi Raul Gonzalez.

Untuk rekod, sejak beraksi di La Liga pada 16 Oktober 2004, Messi sudah berjaya meledak 228 gol dan mengatasi 227 gol milik Di Stefano dalam 329 perlawanan sekali gus meletakkan Messi di tempat ketiga dalam rekod penjaring terbanyak dalam Liga Sepanyol.

Pengendali The Catalan, Gerardo Martino berkata, Messi terus memecah rekod dengan catatan golnya yang sangat hebat.

Malah Martino juga percaya dengan usia Messi yang baru mencecah 26 tahun, beliau masih boleh terus memecah rekod sedia ada.

“Messi akan memecahkan semua rekod yang dia inginkan dan saya rasa suatu hari nanti dia sendiri akan lupa rekod yang pernah diciptakannya.

“Apa pun, saya rasa Messi masih belum berada di prestasi terbaiknya. Messi adalah satu pemain yang muncul setiap 30 dan 40 tahun,” jelasnya yang berpuas hati dengan penampilan anak buahnya ketika menewaskan Rayo Vallecano.

“Ini adalah salah satu permainan terbaik kami musim ini. Jika pertemuan menentang Valencia tempoh hari merupakan prestasi merosot kami, tapi kini ia tidak lagi, Kami sudah maju ke depan,” jelas Martino.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");