Sukan Hari Ini

Messi masih bayangi Neymar

neymar1BEKAS penyerang Barcelona, Ronaldo menganggap sentuhan Neymar bersama skuad bimbingan Gerrado Martino musim ini masih belum berada di tahap yang terbaik.

Mengakui Neymar semakin menonjol dari semasa ke semasa, namun bagi Ronaldo, pemain berusia 22 tahun itu masih dilihat sebagai bayangan Messi di skuad The Catalan.

“Ketika ini dia masih lagi menjadi pemain pembantu kepada Messi di Camp Nou. Tetapi dia tetap pemain harapan Barca di masa akan datang,” katanya.

Untuk rekod, sejak berhijrah ke Barcelona, Neymar sudah beraksi sebanyak 29 perlawanan di semua kejohanan dan setakat ini beliau sudah meledak 12 gol dan mencipta 13 assist untuk Los Cules.

Bagaimanapun bekas pemain kebangsaan Brazil itu percaya Neymar mampu bersinar bersama skuad Selecao pada aksi Piala Dunia 2014 Jun depan.

“Neymar akan menjadi pemain terbaik Brazil di Piala Dunia. Dia sudah menunjukkan kualiti yang dimiliki.

“Jika Brazil mampu layak ke final dan Neymar berjaya mempersembahkan kemampuannya, maka dia mampu dilabel sebagai bintang hebat Brazil 2014,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");