Sukan Hari Ini

Misi besar Gunners

misi besar

PENYANDANG juara, Bayern Munich dilihat tidak berdepan masalah untuk membawa bekalan selesa dalam perlawanan kalah mati pertama, 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara menentang Arsenal, awal pagi esok.

Bertandang ke Stadium Emirates, Die Rotan dilihat sebagai calon pilihan menentang The Gunners berdasarkan rekod pertemuan kedua-dua pasukan.

Dalam enam kali pertemuan di Liga Juara-Juara, langkah Arsenal sering kali dihalang oleh Bayern.

Arsenal hanya meraih dua kemenangan manakala, Bayern mencatatkan tiga kemenangan manakala satu lagi perlawanan berkesudahan seri, 2-2, pada musim 2000.

Bagi The Gunners, ini adalah masa untuk membalas dendam setelah ditunjukkan jalan keluar pada musim lalu, dengan agregat, 3-3, yang berpihak kepada Bayern berdasarkan kelebihan jaringan di tempat lawan.

Pengendali The Gunners, Arsene Wenger menjelaskan, kemenangan, 2-0, di Allianz-Arena, musim lalu menjadi motivasi buat anak buahnya untuk mengulangi rekod cemerlang mereka ketika itu.

“Saya rasa kami lebih tahu siapa itu Bayern berbanding tahun lalu. Kami berada dalam keadaan baik dengan penuh harapan untuk memenangi perlawanan ini.

“Dalam saingan tempatan, kami berdepan kesulitan musim ini dan kesulitan itu membuatkan kami lebih bersedia untuk berdepan Bayern,” katanya.

Sementara itu, bagi pengendali Die Rotan, Pep Guardiola, beliau mempunyai rasa hormat yang tinggi buat Wenger.

“Kami akan berdepan dengan pasukan yang berkualiti dan pasukan yang berada di kedudukan teratas liga.

“Saya menghormati apa yang telah dilakukan oleh Wenger bersama Arsenal dan perlawanan ini nanti akan menjadi perlawanan yang sengit,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");