Berita Hari Ini

Muhyiddin ziarah anggota polis zaman darurat

tpm lawatMuhyiddin ziarah anggota polis zaman darurat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) beramah mesra bersama Zohyah Bujang, 80, iaitu warga emas yang berkhidmat sebagai anggota polis pada zaman darurat selama lima tahun ketika mengadakan lawatan ke rumahnya di Kampung Sungai Sekamat di Kajang, hari ini. – Foto Bernama:-

KAJANG – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melawat Zoyah Bujang, bekas anggota polis berusia 80 tahun yang pernah berkhidmat semasa zaman darurat, di Kampung Sungai Sekamat di sini.

Zoyah berkhidmat sebagai prebet polis semasa zaman darurat 1948 hingga 1960.

Mengiringi timbalan perdana menteri semasa kunjungan itu ialah Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor Datuk Seri Noh Omar dan calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang Datin Paduka Chew Mei Fun.

Ditanya perkara yang dibualkan, Zoyah yang mempunyai 14 orang anak dan kira-kira 13 cucu itu berkata beliau cuma meminta dapatkan bantuan bagi membaiki rumahnya yang telah didirikan lebih 50 tahun lalu.

“Dah tak larat nak turun tangga naik tangga, jadi kalau boleh dibuat rumah atas tanah, tak payah lagi tinggi-tinggi rumah ini,” katanya kepada pemberita.

Zoyah selepas kematian suaminya Idris Ariffin pada 1999, juga bekas anggota polis, menetap di rumah berkenaan bersama cucunya, Siti Nurjannah Jamaluddin, 25.

Sejak kira-kira tiga tahun lepas, Zoyah menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan.

Muhyiddin kemudian turut menziarahi jenazah Johariah Yaakob, 60-an, jiran kepada Zoyah yang meninggal dunia hari ini.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");