Jenayah

Nenek jumpa mayat 2 cucu

jumpa 2 cucu

Pembantu rumah bunuh bayi 18 bulan, abang guna tiga pisau

Sungai Buloh: Seorang bayi lelaki berusia 18 bulan bersama abangnya berumur lima tahun, maut dikelar pembantu rumah warga Indonesia di rumah keluarga mereka di Taman Sri Putra di sini, semalam.

Selepas membunuh Malvin Selvin Joseph dan Koay Ghia Hoy, wanita itu yang dikenali sebagai Agnes, 30, membunuh diri dengan mengelar leher sendiri.

“Siasatan awal mendapati pembantu rumah itu membunuh kedua-dua kanak-kanak itu sebelum membunuh diri dengan mengelar lehernya” Junaidi Bujang, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh

Kejadian dipercayai berlaku antara jam 8 pagi hingga 6 petang ketika semua penghuni rumah teres dua tingkat itu termasuk ibu dan nenek mangsa keluar bekerja.

Nenek temui mayat

Mayat dua beradik itu ditemui oleh nenek mereka sebaik wanita itu pulang daripada bekerja pada jam 6 petang.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Junaidi Bujang, berkata mayat bayi dan wanita itu ditemui dalam bilik pembantu rumah di tingkat bawah, manakala mayat Ghia Hoy dijumpai dalam bilik tidur di tingkat atas.
“Siasatan awal mendapati pembantu rumah itu membunuh kedua-dua kanak-kanak itu sebelum membunuh diri dengan mengelar lehernya,” katanya ketika ditemui di lokasi, malam tadi.

Polis temui tiga pisau

Mayat dua beradik itu dan wanita berkenaan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Junaidi berkata, polis menemui tiga pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

“Siasatan juga mendapati tiada kesan pecah masuk di rumah itu, manakala empat anjing peliharaan keluarga itu juga tidak menyalak ketika kejadian,” katanya.

Pembantu rumah itu dikatakan sudah bekerja 18 bulan dengan keluarga itu.

Junaidi berkata, punca dua beradik itu dibunuh masih dalam siasatan.

“Berdasarkan keterangan keluarga mangsa, wanita itu tiada sebarang masalah dengan mereka,” katanya.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");