Perak Hari Ini

O’ oi Comrades Tawar Suasana Santai Jauh Dari Kebiasaan

PERAKTODAY36

Bertemakan konsep industrial yang diubah mengikut kreativiti sendiri, O oi & Comrades pastinya menjanjikan suasana santai yang ternyata jauh dari kebiasaan.

Salon Hot Hot Cut, bengkel motor Arlip Work dan kafe merupakan tiga gabungan unik perniagaan yang ditawarkan apabila anda berkunjung ke sini.

Terletak di Kampung Melayu Ipoh, perniagaan ini diusahakan oleh pasangan suami-isteri, Amirul Ashraf Mokhtar dan Farah Munirah Nordin.

Tegas Amirul Ashraf, premis itu hanya menawarkan khidmat menggunting rambut sejak 7 bulan yang lalu sebelum menambah rangkaian perniagaan kafe dan membaiki motosikal.

O oi Comrades sendiri jelasnya, membawa maksud panggilan namanya sendiri iaitu Amirul Ashraf dan juga ‘comrades’ yang bererti rakan yang mengejar matlamat yang sama.

Menceritakan detik permulaannya berkecimpung dalam dunia perniagaan, Amirul Ashraf memberitahu, ia bukanlah seindah seperti yang dikecapinya hari ini.

“Saya mengambil masa kira-kira setahun untuk mengembalikan keyakinan diri selepas berhenti kerja di Kuala Lumpur,” katanya yang turut mendapat nasihat daripada rakan-rakan sebelum menceburi perniagaan tersebut.

Jelasnya, semangat tidak berputus asa dan nasihat daripada rakan-rakan menyebabkan diri dan perniagaannya mampu berdiri teguh seperti sekarang.

PERAKTODAY46

Sementara itu, menurut Farah Munirah pula, O Oi Comrades turut menyajikan makanan ringan yang sihat dan ringkas buat pengunjung kafe.

“Antara makanan kegemaran pelanggan ialah ‘Potato Jacket’ dan ‘air chocolate peanut butter’ yang sering pilihan mereka apabila berkunjung ke sini,” katanya.

Pemilihan menu adalah mengikut cita rasa Amirul Ashraf dan Farah manakala harga yang ditawarkan pula cukup berpatutan.

Apabila ditanya perancangan O Oi Comrades  pada masa hadapan, Amirul Ashraf berharap agar perniagaan akan terus berkembang maju dan seterusnya dapat membuka cawangan di kawasan lain pula.

“Kami mahu O oi Comrades menjadi salah satu tempat yang mampu melahirkan individu yang berbakat,” katanya.

O oi Comrades beroperasi setiap hari kecuali pada hari Jumaat dari pukul 10 pagi hingga 12.30 malam.

Manakala bagi Salon Hot Hot Cut pula, ia dibuka setiap hari kecuali Jumaat dari pukul 10 pagi hingga 10 malam manakala kafe pula beroperasi dari jam 12 tengah hari hingga 12 malam.

Tempat kereta yang luas serta ruang santai yang menarik pastinya memberi pengalaman yang menarik buat anda apabila berkunjung ke O oi Comrades.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");