Perak Hari Ini

Operasi Bersepadu Agensi Penguatkuasa Jalan Raya Akan Dipergiatkan

roypolis

Polis Perak akan menggiatkan lagi Operasi Bersepadu Agensi Penguatkuasaan Jalan Raya dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan di musim perayaan serta mencegah kesalahan lalu lintas dan jenayah di negeri itu.

Hari ini, operasi pertama diketuai Jabatan Trafik IPK Perak yang turut mendapat kerjasama beberapa agensi penguatkuasa lain dilancarkan dari jam 3 hingga 6 petang tadi di KM 6, Jalan Ipoh-Lumut.

Menurut Pegawai Turus Trafik Perak, ASP Mohd Roy Suhaimi Sarif, operasi bersepadu yang pertama kali dianjurkan itu juga antara lain bertujuan mengesan suspek jenayah dan penggunaan dadah semasa memandu.

“Lokasi pertama yang dipilih ialah KM 6, Jalan Ipoh-Lumut dan kita bekerjasama dengan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPK Perak, Jabatan Narkotik serta Jabatan Pengangkutan Awam (JPJ).

“Selain itu, kerjasama turut diberi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) Zon Tengah, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dengan keseluruhan 10 pegawai dan 69 anggota terbabit dalam operasi bersepadu ini,” katanya lagi.

Mohd Roy menjelaskan, tindakan saman atau sitaan kepada pesalah jalanraya termasuklah individu atau kenderaan perdagangan juga diambil.

“Kita juga akan menyempurnakan waran tangkap trafik selain daripada cuba mengesan suspek jenayah yang dikehendaki,” ujarnya lagi.

Tegasnya, pihaknya merancang untuk mempergiatkan operasi itu secara berkala iaitu pada setiap bulan untuk memantau dan mengurangkan kesalahan jalan raya di Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");