Sukan Hari Ini

Padah ghaib: Mat Yo kena denda RM5,000

mat yo

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenakan hukuman denda RM5,000 terhadap Norshahrul Idlan Talaha kerana gagal melaporkan diri bersama skuad kebangsaan menjalani latihan menghadapi perlawanan persahabatan menentang Filipina, esok.

Pengurus Pasukan Harimau Malaya, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, sebelum ini pemain berkenaan memaklumkan kepada pengurusan tidak dapat bersama atas alasan ingin mengerjakan umrah dan alasan peribadi.

“Kita memahami kehendak pemain berkenaan dan saya bertanggungjawab atas keputusan membenarkan Norshahrul tidak bersama atas alasan dikemukannya namun dua hari kemudian menelefon menyatakan hasrat untuk kembali bersama.

“Beliau membuat permohonan maaf dan mengakui kesilapan kepada pengurusan serta rakan sepasukan, segalanya yang berlaku sebelum ini tidak perlu diperbesarkan namun FAM tetap mengenakan denda RM5,000 kepadanya kerana gagal melaporkan diri sebagaimana ditetapkan,” katanya.

Sebelum ini, Norshahrul atau lebih dikenali Mat Yo membuat keputusan tidak bersama Harimau Malaya atas alasan peribadi dan ingin mengerjakan umrah menyebabkan ramai peminat setia skuad kebangsaan mempertikaikan keputusan tersebut.

Namun kelmarin, kelibat penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu yang kembali ke pangkuan Harimau Malaya melegakan jurulatih sementara, Datuk Ong Kim Swee.

Subahan berkata, fokus utama kini adalah persediaan pasukan menentang Filipina yang pastinya hadir dengan reputasi dan keyakinan ingin memenangi perlawanan malam esok.

“Kehadiran Norshahrul pastinya melegakan untuk merencanakan taktikal dan kepelbagaian persembahan memandangkan barisan yang dipilih kali ini semuanya serba lengkap.

“Hanya kemenangan yang perlu dicapai aksi malam esok dan ianya bukan sesuatu yang mustahil jika dilihat keyakinan serta semangat barisan pemain Harimau Malaya,” katanya ditemui ketika meninjau latihan pemain di Wisma FAM, semalam.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");