Isu Panas

Pembangkang sudah kehabisan modal kempen – Mei Fun

chew mei fun“Dia boleh cakap apa saja yang dia suka. Dia nak kata saya calon ‘kambing hitam’ Barisan Nasional (BN)… dia boleh cakap. Yang penting BN sudah memilih saya sebagai calon, saya akan bekerja keras untuk menang,” kata Datin Paduka Chew Mei Fun.

Merujuk propaganda kempen Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin, beliau berkata, MCA akan turun bersama parti komponen BN untuk berkempen, menangkis tohmahan pembangkang dan mendekati pengundi DUN Kajang.

Katanya, beliau menerima banyak maklum balas daripada penduduk yang juga pengundi di situ yang tidak berpuas hati dengan bekas wakil rakyat mereka selama ini (Lee Chin Cheh) yang dikatakan gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

“Ketika berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU 12) tahun 2008 dan PRU 13 Mei tahun lalu, macam-macam wakil rakyat PKR menabur janji, tetapi setelah menang dua kali, satu janji pun tidak ditunai.

“Jadi, memang wajar dia (Chin Cheh) letak jawatan sebagai ADUN Kajang kerana dia langsung tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat,” katanya sambil meminta pengundi tidak lagi terpengaruh dengan janji baru yang ditabur oleh calon terbaru PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mei Fun berkata, beliau tidak gentar berhadapan dengan Anwar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang 23 Mac ini kerana rakyat sudah mengenali siapa Ketua Umum PKR itu.

Mengenai dakwaan Zuraida, beliau yang diumumkan sebagai calon BN oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk bertanding di DUN Kajang memberitahu, Ketua Wanita PKR itu sudah kehabisan modal berkempen.

“Perkataan ‘kambing hitam’ ini selalu diucapkan oleh pembangkang kalau setiap kali berlaku pilihan raya kecil. Itu menunjukkan mereka tidak ada modal dan isu untuk meyakinkan penduduk, sekali gus menarik sokongan pengundi.

“Cara mereka berkempen dan mendekati pengundi juga menunjukkan pembangkang dalam keadaan terdesak, lebih-lebih lagi yang menjadi calon mereka ialah Penasihat pakatan pembangkang. Jadi, mereka kena tunjuk mereka bekerja keras,” katanya.

– MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");