Laporan Eksklusif, Perak Hari Ini

Penderitaan Kanak-kanak Kepala Besar Dapat Perhatian Kerajaan, YKN

PERAKTODAY4

Penderitaan yang ditanggung selama tujuh tahun oleh adik Deniss Eqwan Adiff Affendy pastinya meruntun hati sesiapa jua yang menatap wajahnya.

Menurut ibunya, Erny Yusnita Kamaluddin, 42, keadaan anaknya kini semakin teruk hingga berat badannya turun secara mendadak sebanyak 11 kilogram (kg).

Jelasnya lagi, Deniss Eqwan Adif bukan sahaja mempunyai cecair di dalam kepalanya malahan kini paru-parunya pula telah dijangkiti kuman hingga mengakibatkan dia sering tersedak dan muntah darah.

“Mana-mana ibu bapa yang mempunyai anak seperti Deniss Eqwan Adiff diharap banyak bersabar dan redha atas ketentuan Ilahi.

“Dia baru sahaja keluar dari hospital kerana muntah darah kerana jangkitan kuman dan keadaan kesihatannya sangat tidak stabil,” katanya dengan riak wajah risau.

Beliau berkata, anaknya juga memerlukan losen dan sabun khas untuk kulitnya yang kering itu selain perbelanjaan susu dan lampin memang kami tak mampu,” katanya.

Sementara itu, Exco Kebajikan Masyarakat negeri, Datuk Rusnah Kassim turun padang melihat sendiri keadaan kanak-kanak itu yang tinggal di Taman Harmoni Buntong, hari ini.

“Keadaan anak kecil ini cukup menderita dan kita perlu pastikan Deniss Eqwan Adiff mendapat rawatan di rumah yang terbaik,” katanya.

Jelasnya, rawatan di rumah sangat perlu dititiberatkan dan sekiranya Deniss Eqwan Adiff memerlukan rawatan segera, pakar dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh akan memberikan bantuan segera setelah meneliti laporan kesihatan kanak-kana tersebut.

“Kerajaan negeri akan berusaha mendapatkan bantuan daripada Yayasan kebajikan Negara (YKN) bagi menampung kos membeli susu yang berharga RM77 setiap tin dalam masa seminggu,” tambahnya lagi.

Jelas Rusnah lagi, bantuan bagi menanggung kos RM33 dalam masa seminggu untuk keperluan lampin pakai buang Deniss Eqwan Adif juga akan dipertimbangkan yayasan berkenaan.

PERAKTODAY5

“Cecair dalam kelapa Deniss Eqwan Adiff perlu dikeluarkan segera dan kini masalah paru-parunya yang telah dijangkiti kuman memerlukan rawatan segera,” tegasnya.

Tambahnya lagi, kerajaan negeri akan sentiasa memberi bantuan yang merangkumi rawatan segera untuk kanak-kanak tersebut.

Deniss Eqwan Adiff, anak kelima daripada enam adik beradik menderita penyakit hidrosefalus atau kepala besar sejak lahir lagi menjalani pembedahan ketika berusia dua minggu bagi membuang air di kepalanya.

Malangnya, keadaan kanak-kanak itu masih belum pulih dan cecair di kepalanya semakin bertambah.

Sementara itu, pendapatan suami Erni Yusnita, Affendy Abd Hamid, 32, yang bekerja di bengkel kimpalan sebanyak RM700 sebulan dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan masih tidak mencukupi untuk menanggung kos rawatan Deniss Eqwan Adif.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan kepada adik Dennis Eqwan Adiff boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Public Bank nombor 710731086204  atau menghubungi Erni Yusnita di talian 011111-82880 untuk maklumat lanjut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");