Isu Panas

Pengundi Kajang Perlu Hukum Pakatan Rakyat – Dr Subramaniam

kajang byelectionlogo

PUTRAJAYA: Pengundi Kajang perlu memberi pengajaran terbaik kepada Pakatan Rakyat (PR) dengan menolak calon parti itu yang sengaja mencetuskan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini, kata Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata PRK tidak seharusnya digunakan untuk menyelesaikan masalah dalam parti itu, justeru pengundi Kajang perlu menghukum tindakan seumpama itu yang membebankan semua pihak.

“Rakyat Malaysia tidak harus menggalakkan tindakan sebegini. Setiap kali parti itu ada masalah, seorang letak jawatan dan dipaksa untuk mengadakan PRK. Ia mockery (persenda) dalam demokrasi.

“Setiap parti ada masalah dalaman, kalau semua orang letak jawatan mereka dan mahukan pilihan raya kecil diadakan, habis negara. Jadi penduduk Kajang dan khasnya pengundi kena lihat dari sudut ini,” katanya ketika ditanya peluang Barisan Nasional untuk memenangi kerusi tersebut.

Dr Subramanin yang juga Menteri Kesihatan berkata, kerajaan PR juga gagal membawa pembangunan mantap di Selangor yang diasaskan BN sejak 50 tahun lalu.

“Bagi menangani kes denggi pun, kita yang usahakan. Saya tak nampak pergerakan daripada agensi-agensi kerajaan mereka walaupun saya dah minta banyak kali bahawa kerajaan tempatan dan kerajaan kena gerak,” katanya.

Menurutnya, ia merupakan antara contoh tidak bertanggungjawabnya kerajaan negeri itu dalam menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat.

-BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");