Perak Hari Ini

Pengunduran Taib Mahmud Tindakan Yang Baik: Ahmad Husni

abdultaibmahmudsarawakstepdown0902

“Saya rasa pengunduran Tan Sri Abdul Taib Mahmud daripada jawatan Ketua Menteri Sarawak adalah satu keputusan yang baik”.

Demikian ulas Menteri Kewangan Kedua merangkap Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanazlah berhubung spekulasi pengunduran Taib Mahmud daripada jawatannya yang akhirnya terjawab secara rasmi, semalam.

Jelasnya lagi, langkah itu diambil untuk membawa Sarawak terus mara ke hadapan yang memerlukan perubahan berikutan era digital kini.

“Sekarang ini merupakan era digital dan rakyat mempunyai kuasa yang besar. Justeru, pimpinan perlu menyesuaikan diri dengan suasana tersebut,” katanya.

Mengulas mengenai sudut ekonomi Sarawak pula, beliau berkata, biarpun bertukar kepimpinan, ia tetap mempunyai cabaran yang tersendiri.

“Sekarang, kita bergantung kepada tenaga kerja asing yang sedikit sebanyak mengganggu proses ekonomi untuk berkembang,” katanya.

Tambahnya lagi, perubahan daripada segi teknologi iaitu perniagaan melalui kaedah dalam talian ‘online’ merupakan kaedah yang perlu dipelbagaikan dan dikembangkan lagi.

Ujar Ahmad Husni, elemen kreatif dan inovatif perlu dipertingkatkan dalam setiap proses untuk menjana ekonomi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");