Berita Hari Ini

Penjawat Awam Usah Terpengaruh Persepsi Negatif

Cuepacs

MELAKA – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa penjawat awam supaya tidak mudah terpengaruh dengan persepsi negatif dilemparkan terhadap kerajaan khususnya  dalam soal kebajikan mereka.

Presidennya Azih Muda berkata kerajaan sentiasa mendengar keluhan penjawat awam melalui tuntutan-tuntutan yang dibuat Cuepacs sebelum ini.

“Cuepacs melihat dan mengetengahkan soal gaji, elaun dan sebagainya dari masa ke semasa dan kita meminta mereka (penjawat awam) bersabar.

“Kita (kerajaan dan Cuepacs) sudah melakukan yang terbaik malah kita bukan mengkaji untuk tidak melaksanakan (tuntutan) tetapi ada perkara yang perlu kita lihat secara menyeluruh,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron di Seri Negeri di sini, hari ini.

Sebagai contoh, katanya Cuepacs dan kerajaan sedang berbincang mengenai usaha menaik taraf proses rawatan hemodialisis yang dijalani penjawat awam di institusi kesihatan awam seluruh negara.

Beliau berkata ia berikutan kebanyakan institusi tersebut dilihat mengalami kesesakan dan Cuepacs telah mengusulkan senarai hospital yang perlu dinaik taraf kepada kerajaan.

 

 

– BERNAMA –

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");