Sukan Hari Ini

Penyu, T-Team rombak pemain

penyu team

MENJELANG pintu perpindahan pemain yang bakal dibuka 23 Mac nanti, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengesahkan akan melakukan rombakan pemain dalam pasukan yang membabitkan Terengganu dan T-Team.

Presidennya, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berkata, keputusan itu akan dibuat sekiranya pemain kedua-dua pasukan tersebut masih tidak mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) masing-masing selepas saingan Liga Super kembali bersambung 8 Mac depan.

Menurutnya, pertukaran pemain bukan sahaja melibatkan pemain import, malah berkemungkinan besar turut membabitkan pemain tempatan.

“Kita berbuat demikian sebagai langkah untuk memantapkan dua pasukan ‘adik abang’ itu dan kini sedang mengintai beberapa pemain import di beberapa negara. Kita tak mahu melakukan kesilapan mengambil pemain kerana ia jelas merugikan pasukan.

“Bagaimanapun rombakan ini bukannya membabitkan semua pemain import dan kita sudah mengenal pasti siapa yang bakal diketepikan. Jika kita mahu lihat kedua-dua pasukan ini berjaya, kita mesti melakukan rombakan,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Ahmad Nizam berkata, walaupun pasukan Terengganu kini berada di takhta Liga Super, namun ia tidak terkecuali berdepan dengan pertukaran pemain.

“Rombakan pemain dalam pasukan Terengganu perlu dilakukan juga kerana kita mahu memastikan pasukan ini terus mantap, malah saya masih kecewa dengan prestasi yang dipamerkan sebahagian daripada pemain import.
“Matlamat utama kita mahu lihat Terengganu terus kekal di puncak liga manakala T-Team bangkit daripada kedudukan bawahan liga,” katanya.

Justeru, beliau mengingatkan skuad bimbingan Abdul Rahman Ibrahim agar tidak terlalu selesa dan mendabik dada setelah menghuni tangga teratas liga, sebaliknya terus mengekalkan momentum permainan mereka.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");