Perak Hari Ini

Perhilitan Perak Patahkan Kegiatan Seludup Burung Terlindung

PERAKTODAY7

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak berjaya merampas pelbagai  spesis burung terlindung hasil serbuan di sebuah premis kediaman di Felda Lawin, dekat Grik, pagi Sabtu lalu.

Pengarahnya, Fakhrul Hatta Musa, berkata pihaknya  telah menemui masing-masing seekor burung spesis daun kecil dan daun besar;  burung daun sayap biru (2) dan burung merbah lurus leher (2) yang dilindungi sepenuhnya,

“Dalam serbuan itu, seorang lelaki Melayu dalam lingkungan umur 40- an telah dikenalpasti menyeludup pelbagai spesis burung terlindung selepas  siasatan yang terperinci dijalankan.

“Kesemua burung tersebut berkemungkinan diseludup untuk pasaran gelap dengan harga mencecah hingga RM3,000 seekor,” katanya kepada pemberita di Ipoh, hari ini.

Jelasnya lagi, serbuan tersebut juga turut menjumpai 10 ekor burung murai batu, dua ekor ayam hutan dan seekor burung punai Gading.

“Hukuman berat bakal dikenakan kepada individu yang didapati bersalah menangkap burung yang dilindungi di bawah Akta Hidupan Liar 2010.

“Mengikut Seksyen 60 1A, mana-mana pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” jelasnya.

Tambahnya lagi, bagi burung yang dilindungi sepenuhnya di bawah seksyen 68 1A,  pesalah boleh dikenakan RM100,000 dan penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Sebanyak 17 ekor pelbagai spesis burung terlindung berjaya diselamatkan dengan anggaran nilai RM50,000,” tambahnya.

Beliau turut menegaskan adalah menjadi kesalahan menjalankan kegiatan menangkap spesis burung dilindungi dan dilindungi sepenuhnya oleh Perhilitan.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");