Isu Panas

Perletakan jawatan Waythamoorthy berkaitan PRK Kajang?

gambar yuktes 1Tindakan Pengerusi Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf), P. Waythamoorthy meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta menuntut Perdana Menteri supaya melepas jawatan dengan alasan kerajaan tidak komited melaksanakan agenda kaum India dianggap sebagai satu kejahilan.

Menurut Pengasas Take The Lead, Yuktes Vijay, Bajet 2014 menjadi bukti komitmen kerajaan terhadap pembangunan ekonomi dan kehidupan sosial kaum India yang lebih baik.

Dana-dana yang telah diperuntukkan kerajaan dalam bajet tersebut semakin meningkat berbanding bajet-bajet sebelumnya.

Beliau mendakwa Waythamoorthy hanya mencipta alasan untuk meletakkan jawatan sedangkan perkara tersebut dipercayai berkaitan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang tidak lama lagi.

Jelasnya, bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga tidak memahami maksud MoU.

“MoU merujuk kepada suatu penyataan persefahaman dan hasrat pihak-pihak untuk bekerjasama antara satu sama lain dalam bidang-bidang tertentu tanpa mewujudkan suatu hubungan perundangan sesama mereka,” katanya.

Pihak-pihak terbabit tidak terikat kepada apa-apa obligasi, tanggungan atau liabiliti secara perundangan.

Sebagai seorang peguam, Yuktes berkata, Waythamoorthy sepatutnya memahami istilah serta fungsi kontrak dan MoU sebelum menuduh Perdana Menteri sebagai penipu sedangkan Datuk Seri Najib telah pun merealisasikan apa yang telah dimeterai dalam MoU berkenaan dengan memberi bajet yang lebih besar kepada kaum India.

Memanglah Perdana Menteri tidak boleh buat semuanya serentak, ia perlu dilakukan secara berperingkat.

Lagipun, Pilihan Raya Umum ke-13 belum sampai setahun pun, ditambah pula dengan isu-isu cukai barangan dan perkhidmatan, fitnah pembangkang mengenai penyelewengan yang menyebabkan kerugian sehingga RM40 bilion, pemotongan subsidi dan sebagainya yang perlu ditangani oleh Perdana Menteri.

Apabila Waythamoorthy mengharapkan semua agenda dalam MoU tersebut dilaksanakan secara serta-merta, ini menunjukkan kejahilan beliau serta terdapat kebarangkalian ada muslihat tertentu yang dirancang oleh beliau,” katanya ketika menghubungi MalaysiaGazette.

Tambah beliau, sekiranya Waythamoorthy benar-benar memperjuangkan kaum India, mengapa beliau tidak bersuara ketika pembangkang sekadar melantik seorang sahaja exco kaum itu di Selangor.

“Waythamoorthy ke hulu-hilir oleh pembangkang yang menguasai empat negeri sebelum Perak kembali kepada Barisan Nasional atas dasar sokongan kaum India dan di setiap ceramah pembangkang ada laungan slogan Hindraf Makkal Sakti tetapi di mana Waythamoorthy semasa kerajaan Selangor melantik seorang sahaja exco kaum India?

“Waythamoorthy telah menunjukkan dia bukan seorang pemimpin tulen kerana lebih mengutamakan emosi diri dan bukannya pelaksanaan kebaikan untuk semua kaum India,” katanya.

– MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");