Berita Hari Ini

Perlu tegas cegah sambut Hari Kekasih

kekasihSHAH ALAM – Umat Islam di negara ini diminta agar tidak terpengaruh dan meraikan sambutan Hari Kekasih (Valentine Day) yang disambut hari ini kerana ia jelas salah di sisi agama serta akidah Islam.

Penceramah bebas, Dr Abd Basit Abd Rahman berkata, sambutan itu dilarang kerana ada kaitan dengan agama penganut Kristian yang bertentangan dengan agama Islam.

“Sering kali sambutan tidak berfaedah ini disambut dengan adegan berdua-duaan dan membuat maksiat sehingga sanggup menggadaikan maruah demi bukti kasih-sayang.

“Sebenarnya kasih-sayang dalam Islam disarankan disambut setiap hari, bukannya pada hari-hari tertentu. Tetapi perlulah mengikut landasan agama,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, kerajaan harus mainkan peranan lebih tegas akan gejala ini agar ia tidak menjadi seakan satu kewajiban untuk diraikan.

“Ibu bapa juga pihak paling penting membuat pantauan terhadap anak masing-masing demi mengelak mereka terikut dengan sambutan agama lain.

“Tekankan keburukan mengikut amalan agama lain yang dilihat seakan boleh diraikan tetapi sebenarnya bahaya pada agama dan akidah,” katanya.

Beliau berkata, jika ada usaha dari mana-mana pihak untuk memberi kesedaran akan hal seperti ini ia perlu diberi sokongan.

“Seperti yang dilakukan Jabatan Mufti Selangor dengan mengedarkan risalah ‘Hukum Sambutan Valentine Day’ kepada masyarakat sekitar harus dicontohi.

“Secara tidak langsung usaha itu akan memberi maklumat kepada yang tidak mengetahui kesalahan sambutan ini,” katanya.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");