Isu Panas

Permohonan Maaf, Video Ditarik Balik Jika Bahagian ‘Menyinggung Perasaan’ Dapat Ditunjukkan – Kit Siang

onderful

PETALING JAYA: Lim Kit Siang meminta supaya mana-mana bahagian dalam video Tahun Baru Cina oleh Teresa Kok yang dianggap menyinggung perasaan ditunjukkan, dan jika ada, permohonan maaf akan dibuat dan video tersebut akan ditarik balik.

“Saya akan meminta Teresa meminta maaf dan menarik balik video itu jika sesiapa sahaja boleh menunjukkan bahagian mana yang merupakan anti-Melayu atau anti -Islam,” kata penasihat DAP itu di rumah terbuka Tahun Baru Cina Pakatan Rakyat di Tawau, Sabtu.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata beliau terkejut dengan sebab video itu menjadi gempar.

“Kita boleh bersetuju atau tidak bersetuju sama ada video itu baik, tidak baik atau kejam. Apa yang benar-benar tidak boleh diterima ialah mengambil jalan keluar dengan pembohongan dan kepalsuan,” kata Lim.

Beliau menegaskan video itu meluahkan rungutan awam tentang kenaikan harga, penurunan standard pendidikan, kebimbangan terhadap jenayah yang semakin meningkat dan rasuah berleluasa.

“Walaupun saya telah meneliti video itu dengan berhati-hati dan memberi penuh perhatian, saya tidak dapat mencari mana-mana bahagian dari video itu yang boleh dianggap sebagai anti-Melayu atau anti- Islam,” katanya.

Lim berkata DAP tidak menyokong perkauman kerana parti itu berkhidmat untuk kepentingan semua rakyat Malaysia.

Katanya, beliau berasa marah dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata menawarkan ganjaran untuk menampar Teresa bukan ancaman.

“Zahid menetapkan satu contoh yang sangat buruk dalam menegakkan kedaulatan undang-undang,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");