Berita Hari Ini

Pharmaniaga untung RM57 juta bagi 2013

niaga untung
PHARMANIAGA Bhd mencatatkan untung selepas cukai lebih rendah berjumlah RM57 juta bagi 2013 berbanding RM63 juta pada tahun sebelumnya, manakala untung sebelum cukai pula mencecah RM93 juta berasaskan hasil sebanyak RM1.9 bilion.

Menurut syarikat itu, keuntungan merosot disebabkan kos operasi dan peruntukan hutang ragu lebih tinggi, yang menyaksikan bahagian logistik dan pengagihan meraih untung sebelum cukai lebih rendah untuk tempoh 12 bulan tersebut.

Bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2013, Pharmaniaga mencatatkan untung selepas cukai yang kukuh berjumlah RM21 juta berbanding kerugian RM7 juta dicatatkan pada suku sama tahun sebelumnya.

Pengerusi Pharmaniaga Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin berkata, syarikat itu mencatatkan prestasi kukuh bagi suku keempat 2013 disebabkan permintaan lebih tinggi, yang menghasilkan peningkatan dari segi jumlah jualan dan tender baru.

“Walaupun keputusan tahun penuh kami merosot, kami yakin akan terus melangkah maju pada tahun yang mendatang.

“Sejajar dengan usaha mengukuhkan perniagaan konsesi dan bukan konsesi di Malaysia, kami meramalkan bahawa permintaan kukuh berterusan akan menyokong pertumbuhan kami, terutamanya dengan memanfaatkan potensi luas dalam sektor swasta,” katanya.

Menurut Lodin, Pharmaniaga juga mengambil langkah untuk mengukuhkan kedudukannya di pasaran antarabangsa dengan pemerolehan kilang pengeluaran pertamanya di Indonesia, PT Errita Pharma, yang akan menyokong bahagian pengedaran sedia ada di negara tersebut.

“Kami yakin langkah ini akan meningkatkan hasil jangka panjang kumpulan ini. Kami juga telah mendapat pensijilan Kesatuan Eropah bagi kilang pengeluaran bahan suntikan isi padu kecil, yang membolehkan kami menerima projek pengilangan kontrak dari syarikat multinasional di pasaran Eropah,” katanya.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");