Berita Hari Ini

Presiden Filipina diberi sambutan negara

sambutan baik

KUALA LUMPUR – Presiden Filipina, Benigno S. Aquino III yang melakukan lawatan negara sulungnya selama dua hari ke Malaysia diberi sambutan negara di Dataran Parlimen hari ini.

Ketibaan Aquino pada pukul 9.40 pagi disambut Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sejurus ketibaan beliau, lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan diikuti dengan tembakan meriam 21 das.

Aquino kemudiannya memeriksa kawalan kehormatan yang dibarisi 107 pegawai dan anggota Batalion Pertama Askar Melayu Diraja yang diketuai Mejar Mohd Herdi Ismail.

Beliau kemudian diperkenalkan kepada jemaah menteri dan tetamu kehormat yang lain.

Aquino yang tiba di sini semalam dijadual mengadakan pertemuan dengan Najib hari ini untuk membincangkan isu dua hala selain mencari ruang mempertingkatkan kerjasama antara kedua-dua negara.

Beliau dijadual menghadiri jamuan negara yang dihos Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara malam ini.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");