Isu Panas

PRK Dun Kajang: Rafizi salah percaturan?

rafizi

Oleh Wan Zamzuri Wan Hasenan:-

LANGKAH Rafizi Ramli menjelaskan mengapa PKR pilih langkah itu akan membolehkan PR mengekang strategi politik perkauman Umno yang didakwanya semakin galak mengizinkan bibit-bibit ketegangan kaum untuk bercambah seperti demonstrasi-demonstrasi perkauman di Pulau Pinang baru-baru ini.

Katanya lagi, insiden-insiden sama juga pernah berlaku di Selangor dan demografi Selangor yang menyerupai Malaysia menuntut kehadiran seorang tokoh politik nasional yang mampu mengendalikan sebarang kemungkinan meletusnya ketegangan di antara kaum.

Kepada Rafizi cukuplah berlakon apatah lagi mengaitkan strategi PRK Kajang bertujuan mengekang politik perkauman yang kononnya mainan Umno.

Adakah beliau tidak sedar Lee Chin Cheh letak jawatan dan meminta maaf serta mengakui tindakannya itu adalah demi kepentingan PKR atau PR di Selangor.

Beliau langsung tidak mengaitkan peletakan jawatannya dengan Umno.

Mungkin Rafizi dan PKR sudah silap strategi dan cuba berlagak baik demi menutup kerakusan pemimpin-pemimpin parti itu dalam memburu kuasa.

Rafizi, Anwar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Azmin Ali – watak watak besar dalam strategi PRK Kajang masing-masing mengakui bahawa Kajang adalah laluan ke Putrajaya buat PKR dan pakatan rakyat.

Malangnya, Umno dan BN juga dijadikan kambing hitam.

PKR harus bersedia ditolak rakyat dalam pilihan raya kecil Kajang sekiranya tindakan mengosongkan kerusi Dun demi memberi laluan kepada Anwar dianggap satu keputusan memanipulasi sistem pilihan raya.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");