Isu Panas

PRK Kajang: Pas tetap bantu PKR

kajang byelectionlogoDesas-desus mengatakan Pas tidak akan membantu kempen Datuk Seri Anwar Ibrahin hanya rekaan puak UMNO dalam usaha menjejaskan hubungan baik parti Islam itu dengan Pakatan Rakyat.

“Semuanya mengarut. Mereka ni dah tak ada modal untuk berkempen sampaikan sanggup membuat cerita yang boleh dianggap sebagai lawak.

“Sekarang ni, kita tunggu dan lihat apa lagi agenda yang akan mereka mainkan. Apa yang pasti, usaha mereka nak pecah belahkan kami dalam pakatan pembangkang tidak akan berhasil,” kata Ketua Penerangan Pemuda Pas, Sany Ramzan.

Isu yang hangat diperkatakan sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang 23 Mac ini adalah Pas tidak akan membantu kempen Anwar. Walaupun semua kepimpinan Pas turun ke Kajang, itu dihebahkan sebagai lakonan untuk menunjukkan hubungan parti it dalam PR sentiasa baik.

Lakonan pemimpin-pemimpin Pas itu pula dikatakan sekadar untuk menyenangkan hati Anwar tetapi dalam diam, parti tersebut memberitahu semua ahlinya termasuk Pemuda supaya tidak membantu kempen Anwar.

Lebih menarik lagi, desas-desus itu mengatakan Pas berbuat demikian kerana bimbang Anwar akan dilantik menjadi Menteri Besar Selangor jika menang.

“Sebenarnya isu Menteri Besar tidak timbul pun dalam mesyuarat kami. Puak UNMO sudah ketandusan isu untuk merenggangkan hubungan kami dalam pakatan pembangkang.

“Malam esok, Presiden Pas, Datuk Hadi Awang akan turun ke Kajang untuk melancarkan jentera kempen secara besar-besaran melibatkan semua negeri. Apa lagi yang UMNO boleh cakap bila Presiden kami sendiri yang akan lancarkan kempen bantu Anwar?,” soal Sany.

Apa pun kata Sany, Pas dalam pakatan pembangkang akan berkempen habis-habisan dengan membawa isu membantu rakyat terutama kenaikan harga barang.

“Kami akan pastikan rakyat bersama kami untuk mendesak kerajaan agar tidak terus membebankan rakyat dengan menaikkan harga barang dan sebagainya. Itu lebih penting!,” ujarnya.

– MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");