Jenayah

Rampas barangan kawalan

barang kawalan

PASIR MAS – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Cawangan Pasir Mas berjaya merampas pelbagai barangan kawalan yang cuba diseludup ke negara jiran berjumlah RM48,034.

Ketua Cawangannya, Hashim Hassan berkata, nilai rampasan tersebut turut melibatkan rampasan kenderaan yang digunakan penyeludup sepanjang Januari hingga semalam.

“Antara barangan kawalan yang berjaya dirampas ialah, minyak masak, tepung gandum, petrol dan  minyak diesel,” katanya pada sidang media yang  diadakan di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius aktiviti tersebut dan akan menjalankan pemantauan setiap masa bagi mengekang aktiviti berkenaan.

Menurutnya, kerjasama orang ramai amat diperlukan bagi membantu anggota penguatkuasaan menjalankan tugas membanteras penyeludupan.

Sementara itu, Hashim berkata, terbaru pihaknya berjaya mematahkan cubaan menyeludup petrol oleh warga tempatan yang berusia 20an di sebuah stesen minyak di pekan Rantau Panjang.

“Bagaimanapun remaja berkenaan berjaya melarikan diri sebaik sahaja menyedari kehadiran anggota penguat kuasa.

“Ketika pemeriksaan dibuat kami mendapati lelaki tersebut telah mengisi petrol ke dalam kenderaannya berjumlah RM177 berdasarkan kepada bacaan meter di pam berkenaan,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut yang dijalankan ke atas kenderaan itu mendapati tiga buah tangki yang diubah suai terdapat di dalamnya.

Beliau berkata, pemuda berkenaan menggunakan kenderaan yang seakan-akan kereta sewa bagi mengaburi pihak berkuasa.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");