Membawang Hari Ini

Rihanna pernah hampir muflis

rihanna

Penyanyi, Rihanna, menegaskan kesilapan akauntannya yang kerap membuat keputusan kurang tepat, menyebabkan hartanya semakin susut, malah pada penghujung 2009, beliau pernah hampir muflis.

Menerusi dokumen tuntutan yang difailkan, selebriti berusia 25 tahun itu mempunyai RM33 juta pada permulaan tahun berkenaan dan terkejut kerana bakinya hanya RM6 juta pada akhir tahun.

Beli kediaman mewah Masalah kewangannya semakin teruk apabila perbelanjaannya dianggarkan mencecah dua kali ganda. Sudah pasti keadaan kewangannya ketika itu sangat meruncing.

Keadaan itu didakwa akibat beliau membeli kediaman mewah berharga RM21 juta, yang juga menerusi nasihat peguamnya, tetapi menjual semula hartanah terbabit jauh lebih rendah dengan kerugian dianggarkan hampir RM6 juta.

Dokumen undang-undang yang difailkan itu berkaitan tindakan mahkamah penyanyi terbabit terhadap akauntannya di atas dakwaan kecuaian pengurusan. Kini Rihanna atau panggilannya RiRi tidak perlu risau kerana hartanya dianggarkan mencecah kira-kira RM129 juta.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");