Berita Hari Ini

RM270 Juta Diperuntuk Kepada 600 Usahawan Bumiputera

PUNB

KUANTAN – Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB)menyediakan pinjaman sebanyak RM270 juta kepada lebih 600 usahawan bumiputera pada tahun ini.
Pengerusinya Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata pinjaman itu bertujuan untuk membantu usahawan skim Prosper Runcit, Prosper Pemborong, Prosper Usahawan Muda dan skim perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menjalankan perniagaan atas talian dan membeli bangunan.

Selain itu, katanya, PUNB turut menubuhkan jawatankuasa khas dalam kalangan usahawan di setiap negeri bagi membincangkan masalah dan hala tuju agar usahawan bumiputera terus maju ke hadapan.

“Setakat ini empat negeri iaitu Kedah, Johor, Melaka dan Pahang telah menubuhkannya dan saya sasarkan sehingga penghujung bulan ini semua negeri akan mewujudkan jawatankuasa tersebut,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan berjumpaan bersama usahawan bumiputera Pahang di sini, hari ini.

Sementara itu beliau berkata PUNB akan melantik 50 orang pelatih akauntan bagi membantu syarikat Bumiputera yang berdepan masalah pengurusan kewangan yang menyebabkan syarikat mereka mengalami kerugian.

Mohd Ali berkata sebanyak 30 peratus atau 2,040 daripada 6800 syarikat bumiputera didapati gagal melaksanakan pembayaran balik pinjaman PUNB disebabkan masalah pengurusan kewangan.

“PUNB mengambil keputusan melantik 50 pelatih akauntan ini pada bulan ini dan diharapkan pengambilan ini dapat membantu syarikat yang tidak mampu menyediakan akauntan untuk membuat akaun kira-kira  harian dengan betul.

“Duit keluar, masuk, untung, rugi, pemasaran dan sebagainya perlu diketahui dan dicatat setiap hari, kadang-kadang kita berniaga dengan bagus tetapi akaun tidak teratur dan perkara inilah punca utama syarikat  bumiputera tidak berjaya,” katanya.

Beliau berkata pelatih akauntan tersebut diberi tempoh masa setahun untuk melaksanakan tugas tersebut dan sekiranya syarikat tersebut telah memiliki sistem kira-kira yang teratur dalam tempoh itu, terpulang kepada syarikat berkenaan untuk terus menggaji pelatih tersebut atau sebaliknya.

 

– BERNAMA-

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");