Sukan Hari Ini

Rosicky teringin gelaran juara

rosicky

SEJAK membuat keputusan sertai Arsenal pada 2006, Tomas Rosicky belum pernah merasai nikmat bergelar juara.

Dengan prestasi The Gunners yang cukup baik saat ini, beliau berhasrat untuk mengucup kejuaraan dengan pasukan asal dari utara London Utara ini.

Bayangkan, sudah lebih tujuh musim Rosicky memperkuat Arsenal, detik itulah beliau kemarau untuk  mengangkat sebarang  piala dipertandingkan.

“Saya tak putus asa untuk merealisasikan mimpi membantu Arsenal muncul johan musim ini.

“Saya memenangi tiga gelaran juara di Republik Czech sebelum saya hijrah (dari Sparta Praha). Saya turut memenangi Bundesliga bersama Borussia Dortmund, dan masih percaya boleh melakukan kejayaan yang sama di sini,” katanya.

Tambah Rosicky, beliau tidak akan bertahan lama di Emirates jika tiada asas keyakinan dan matlamat mendakap Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara mendorongnya terus menabur bakti untuk kelab tersebut.

Arsenal kini di posisi tempat kedua liga dengan pungutan 59 mata, cuma berjarak satu angka berbanding Chelsea yang menghuni tangga teratas EPL.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");